

ANUGERAH AKADEMIK KATEGORI PENYELIDIKAN UNIMAS
Syarat Umum :
- Permohonan pencalonan Anugerah Akademik UNIMAS (MAGU) dibuka hanya kepada ahli akademik UNIMAS.
- Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.
- Permohonan bagi semua kategori terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di UNIMAS sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai.
- Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.
- Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, UNIMAS berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.
- Pemohona adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap sebarang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif.
- Keputusan Jawatankuasa Induk MAGU adalah muktamad.



